raef - Your mercy (maroon 5 cover go home without you)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=xCkIz1D6p-8

Sabtu, 17 April 2010

Air Mata Penawar Duka

Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah hadir dan singgah di dalam kehidupan kita, walaupun kini hanya tinggal kenangan, namun amat sukar untuk melupakan setiap kenangan yang telah dicipta di dalam kehidupan ini, tidak kira ianya suka, duka, pahit dan manis, mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah kita sayangi yang kini telah meninggalkan kita pergi dan melupakan diri kita, walaupun mereka meninggalkan diri ini,dan melalui satu perpisahan yang kadang-kala kita sendiri tidak rela dan sanggup untuk menghadapinya, namun terpaksa melaluinya, ingatan dan kenangan tidak pernah akan terpadam, dan terkubur begitu, terlalu sukar untuk dilupakan, walaupun hati dan fikiran cuba membuangnya sejauh mungkin di dalam kehidupan ini...,sukarnya untuk membunuh dan membuang sebuah kenangan yang telah tercipta ini..air mata sahaja penawar segala duka apabila kenangan itu tiba-tiba menerpa di dalam diri, kadang-kala kecewa dan kesedihan yang dirasa, mengundang segala rasa, seolah-olah ingin berada jauh dari kenyataan hidup, menjadikan diri ini seorang insan yang hilang kewarasan, hilang kewarasan kerana ingin hidup di dalam kenangan itu, perasaan kepada kenangan yang ada cuba untuk diusir, namun ia datang jua, terasa ingin menjerit kepada alam, memberitahu bahawa diri ini tidak upaya menghadapinya, dan berdoa kepadaNya agar membawaku jauh dari kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini.ia terlalu sakit untuk dikenang bagi diri ini. Air mata penawar segalanya, disaat hati tidak mampu menahan segala rasa.perpisahan yang terjadi ada maknanya, perpisahan ini sekurang-kurangnya dapat mengubat segala kecewa dan kesakitan hati yang telah mengiringi perjalanan hidupku, bukan niat untuk berpisah, kerana aku juga seorang insan yang sentiasa menghargai kehadiran insan-insan di dalam kehidupanku mahupun insan yang telah menyakiti dan meninggalkan diri ini. didalam hatiku ada DIA, dan ada insan-insan yang aku kasihi, tidak pernah sanggup untuk aku lupakan, cuma hati menafikannya agar kenangan yang manis dan menyakitkan bersama insan-insan itu tidak kembali. aku putuskan untuk mengundurkan diri dari sebuah persahabatan demi tidak lagi untuk menyakiti mereka, walaupun aku sedar, aku akan menderita dan menangis,aku terpaksa putuskan untuk berpisah dan melupakan segala kenangan yang ada, walaupun kadangkala aku merasa rindu dan ingin mengimbau kembali saat itu. aku membuat keputusan ini, agar tidak menanggung segala pedih dan luka lagi.mengikut apa yang dikatakan oleh hati,

Membuat satu keputusan merupakan perkara yang paling payah dalam hidup. Mudahlah kiranya keputusan yang dibuat itu tidak melibatkan hati sesiapapun. Biar aku saja yang menangis.biar diri aku saja yang terluka dan kecewa, Biar aku saja yang menyesal dengan diriku. Tidak sekali-kali aku akan melibatkan insan-insan lain yang penting dalam hidupku. Malangnya tidak semua keputusan itu melibatkan aku. Sebaliknya lebih banyak keputusan dalam hidup yang bakal melibatkan insan lain. Pasti banyak hati yang kecewa. Kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa, aku memutuskan untuk menanggungnya sendirian.tidak perlu aku ceritakan kepada sesiapa, kerana aku pasti, ianya membebankan diri sesiapa yang mendengarkan kataku. Aku redha mengambil keputusan sebegini. Bukan kerana tidak kesian pada hati, tapi sekurangnya aku tidak mahu ada banyak lagi hati yang terluka. Perit sudah pasti. Biarlah. Biarkan saja semua yang ada dalam hati menjadi nanah hingga ke satu hari aku dijemput bertemu dengan DIA yang abadi.itulah segala perasaan yang terpahat dihatiku.

alangkah indahnya menjadi seorang kanak-kanak, kerana tidak perlu memikirkan segalanya, hanya bermain dan melihat gerak-geri manusia, tersenyum dan gembira melalui hari-harinya, hati sudah letih berlari,namun aku tidak boleh berhenti mengalah dengan kehidupan dan segala kekecewaan yang hadir, aku harus meneruskan segala langkah, dan menjadi insan yang lebih tabah, mungkin orang lain senang untuk berkata-kata tentang tindakan yang aku lakukan, namun aku tetap dengan pendirianku, kerana aku tahu, mereka tidak pernah berada di tempatku dan merasai betapa pahit dan sedihnya apabila menghadapi perpisahan angkara seorang sahabat dan teman yang dipercayai.kenangan yang pernah hadir sukar dilupakan namun akan aku cuba untuk kuburkan segalanya, dan tidak akan aku berpatah kembali kepada kenangan itu,
walaupun hati meronta-ronta ingin berada semula di dalam kenangan itu.dan aku tahu, satu hari langkahku akan menjadi perlahan dan kenangan itu akan pergi meninggalkan aku.
Allah s.w.t sentiasa ada bersama, melihat segala kesedihan dan kelukaan ini. Dia maha pengasih bagi setiap hambaNya dan tidak akan membiarkan setiap manusia itu berada di dalam kesedihan selamanya..air mata la penawar segalanya, menangislah jika ia perlu untuk menenangkan jiwa..

Tiada ulasan: