raef - Your mercy (maroon 5 cover go home without you)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=xCkIz1D6p-8

Sabtu, 10 April 2010

Adakalanya sukar untuk dibicarakan...



kehidupan sememangnya sebuah pentas dunia manusia, penuh dugaan, kemanisan, kepahitan, kekecewaan dan kebahagiaan, setiap manusia akan merasainya dan tidak akan terlepas daripada dugaanNya..hanya jiwa dan minda yang tabah akan mampu melalui pentas dunia ini...renung-renungkan...

sukar untuk dibicarakan apa yang tersimpul dan tersurat dihati, adakalanya kita ingin memberitahu bahawa ini yang kita maksudkan dan itu yang kita inginkan namun kata-kata itu tidak terungkap kerana tidak diberikan peluang untuk itu, kerana keasyikan dan kesungguhan hati untuk mendengar rintihan dan kemarahan insan lain yang tiada berkesudahan sedangkan ada ketikanya diri kita juga perlu untuk meluahkan segala yang terbuku..

kita membahagiakan orang lain dan membuatkan mereka tenang setiap saat apabila kita mendengarkan segala masalah, kekecewaan dan kesedihannya, sedangkan diri kita kadang-kala merasa sedih dan tiada siapa ingin ketahuinya.

adakalanya manusia tidak memikirkan hati manusia yang lain, apa yang betul hanyalah dari kata-kata dan pendirian mereka, mereka asyik mengata dan menghamburkan kata-kata sehingga memuaskan hati dan rasa, tanpa mereka sedar akan perasaan teman dan sahabatnya itu..

Tiada ulasan: