raef - Your mercy (maroon 5 cover go home without you)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=xCkIz1D6p-8

Jumaat, 25 Mac 2011

Alhamdulilah Kenyang.^^


Arini ni aku mmg sgt lapar..sbb dari pagi smpi ke mlm xmakn pun..lpas mgrib td..pakat dgn housemate n member flatmate..pi makan kat Mcd bangsar. Terasa lapar sgt..sampai terjah je la naik teksi pegi..janji lapar hilang...ingt nk jalan kaki pegi Mcd bangsar...tp macam tak kuat otot-otot kaki neh.hahaha..tak dapatlah nk tiru mcam kawan aku sorang ni...shada namanye...ntah ape mimpi dier pi jalan kaki dari pantai permai ke mcd bangsar, sangat hebat....hehee..sesekali nak gak tiru mcam dier..:)..papepun alhamdulilah...kenyang...pegi dgn keadaan kelaparan..balik dengan kekenyangan..so..menanti hari esok dengan penuh cabaran..moga-moga kebahagian dan rezeki sentiasa mengiringi dan dimurahkan olehNya..amin...--<@

Cinta seorang kekasih kelak kan pergi tapi cinta berkawan tetap selamanya..

Cinta pada seorang kekasih kadang-kadang takkan kekal selamanya..
tapi cinta berkawan itu..akan kekal bersama selamanya...
bila Allah takdirkan dia bukan untuk kita...
ini bermakna DIA ingin berikan kita yang lebih terbaik..
kadang-kadang kita rasa ianya sgt pahit untuk ditelan..tapi satu hari rupanya kita akan menerima kemanisan daripada segala kepahitan itu..maka bersabar dan tabahkan hati mu...

Buat kawan yang dikasihi...---> Norhafizah Abdul Jalil..
tabahkan hatimu menerima segala ujian dan dugaan yang diberikan...segala kepahitan akan terubat dengan kemanisan....ingatlah bahawa Allah ingin memberikan yang terbaik untuk kamu kelak...ingatlah ada sahabat-sahabatmu disini yang sentiasa bersama kamu...;)

Selasa, 22 Mac 2011

berada di Kampus yang terindah...

hari ni..aku telah berada di Kampus yang sangat aku rindui.. bertemu sahabat handai...thanks buat kawanku..Nurfarrahin Ador...kerana sudi menumpangkan aku untuk semalam...

banyak kenangan pahit dan manis disini..saat aku menjejakkan kaki disini hari ini..ade permandangan yang telah berubah...apabila melalui dan menyelusuri jalan-jalan yang penuh dengan kenangan..membuatkan hati ini hiba..namun segalanya dah berlalu dan pergi..itu adalah pengalaman yang mematangkan diri..dengan kenangan yang pahit...ia mengajar kita erti ketabahan hidup..yang manis pula mengajar kita tentang kesyukuran agar detik itu akan kembali...

kehidupan di kampus adalah kehidupan yang bermakna dan sangat indah..beruntunglah bagi mereka yang melalui saat-saat indah bersama teman dan taulan hingga akhirnya..dan bersabarlah bagi mereka yang melalui saat duka..mungkin ada hikmahnya...

terima kasih kepada mereka yang telah mengukir kenangan dijiwa ini...:)

Sabtu, 19 Mac 2011



Disebalik Hati..

Seronok kan bila ada kawan yang boleh kita buat tempat untuk meluahkan segala rasa dan masalah kita...dia boleh dengar..dan menjadi pendengar yang sangat setia...seronok kan kalau kita boleh luahkan pada seorang kawan tanpa sebarang masalah..dan dia sentiasa sedia mendengar tanpa ada rasa bosan...seronok bila kawan kita sentiasa mengambil berat dan menjaga diri kita...kalau sakit..dia ingtkan kita makan ubat...kalau sedih..dia datang kepada kita...bila kita menangis dia hadir menenangkan kita...bila seronok, dia pun gembira melihat diri kita...bila kita sendirian..dia datang menemani kita...bila ada cerita yang gembira, dia akan kongsikan bersama kita...bila kita terjatuh..dia akan bangunkan kita...boleh dikatakan dialah kawan yang akan menadahkan bahunya untuk kita sebagai seorang kawan....kawan yang tidak mementingkan diri sendiri..yang sentiasa berkorban apa saja demi seorang kawan yang dikasihi...itulah kawan yang aku cari...kadangkala aku rasa aku dah temui...tapi kadang kala jawapan yang aku beri seolah-olah silap...bila insan ini akan hadir dalam hidup aku...?? mungkin perlu menunggu bertahun lamanya..agar aku temuinya..mungkin aku perlu merasai kekecewaan berulang kali untuk merasai kehadiran seorang yang bernama sahabat...........mungkin...--

Im.Maz.Fatin.Sue

Ni lah housemate aku..aku knl dorang dulu kat ukm 1 kos tp xla rapat sgt time tu.. tp skang sampai dah jadi housemate dah, rpt giler dh ngan dorang...dorang ni giler-giler..sporting..kadang-kadang boleh jadi caring pun ade.haha..dorang hadir dalam hidup aku lepas je aku ditinggalkan kawan yang aku sangat sayangi...masa tu rasa macam dunia aku takde pape dah...kosong je...rasa hati hancur bila difitnah...dikata yang bukan-bukan...masa tu mereka lah yang datang pada aku...terima aku sebagai kawan...aku harap..dorang ni adalah kawan aku buat selamanya...dan kawan yang tidak akan tinggalkan aku seperti kawan lain yang aku percaya...walaupun aku tak tahu aku ni penting o tak sebagai kawan pada dorang...aku nak dorang tahu..yang aku sangat gembira menjadi kawan dorang....
--- peace ---<@

Praktikal kat RTM dah pun habis...jadi pasni...terus berusaha mencari keje pulak...anyway...sepanjang praktikal kat sane..macam-macam dugaan ada.macam-macam orang yang bongkak aku jumpa..tapi tu tetap tak mematahkan semangat walaupun kadang-kadang ada rasa macam dah nak patah...n pengalaman dan kenangan paling berharga adalah bertemu dengan kawan-kawan dari U len yang memang sporting..dorang ni tak seperti apa yang dikatakan..memang sporting habis...saat-saat nak berpisah tu pun rasa sedih so cepat-cepat la kuar dari IBC supaya aku xterus menangis..takut dorang nampak.heee...papepun..
luv u all.---<@
Tinta hidup

Hidup penuh ujian
dugaan dan rintangan,
hanya yang tabah
akan menemui sinar
kekuatan hati..
tiang segalanya..
tanpa kekuatan itu..
tumbanglah ia ditiupi badai dugaan..
suka duka, dan tertawa
asam garam perjalanan hidup..
tanpa rencah ini...
manusia kurang kematangan diri..
derita dan sengsara...
itu manisnya ujian
tanda Allah beri kasihNya...
jangan berkeluh dan berkesah
kerana diakhir perjalanan akan bertemu manisnya...
itulah dia..perjalanan duniawi...
sebagai tiket bahagia di sana
diakhirat yang kekal abadi....~

HARGA SEKUNTUM CINTA


Ada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

Cinta???

Apa erti cinta pada manusia?? adakah cinta itu memberikan seribu kebahagiaan dalam jiwa kita...cinta yang benar-benar tulus adalah cinta yang sejati dan ikhlas...cinta begitu memberikan sejuta kebahagiaan pada pemiliknya...cinta?? cinta pada siapa??

cinta pada Allah akan memberikan kebahagiaan buat diri kita selamanya.. apabila kita mencintaiNya...DIA akan sentiasa mencintai diri kita....cinta milikNya kekal selamanya...cinta Allah pada manusia mempunyai pelbagai cara...mungkin DIA menurunkan seribu ujian kepada hambanya untuk melihat ketabahan dihati hamba yang Dia cintai itu....ujian yang diberikan adalah kebahagiaan, nikmat, kesusahan, derita, kesedihan dan kedukaan.....itulah cinta Allah...dugaan yang diberikanNya kerana Dia tahu...hambaNya mampu menempuhinya...

cinta kepada Ayah dan ibu-----> cinta ini tidak berbelah bagi...cinta kepada insan ini buat selamanya...tidak pernah akan tercalar cinta buat insan ini..insan yang sanggup berkorban demi kehidupan seorang yang sangat mereka cintai iaitu seorang ANAK.....maka..cinta kepada ayah dan ibu tidak akan pernah rapuh dan luntur....cinta ini akan berada di hati seorang yang bergelar anak buat selamanya...buktinya....apa pun yang terjadi...seorang anak tetap akan memerlukan ayah atau ibu...ayah dan ibu tidak pernah menyisihkan rasa cinta mereka kepada insan yang bergelar anak ini...buruk dan baik sekalipun anak itu..tetap akan disanjungi...itulah cinta seorang ayah dan ibu......---<@

cinta sesama saudara---> cinta yang tidak pernah padam...walau disakiti, kita tetap akan mencintai dirinya....dia adalah saudara darah daging kita...kadang-kadang kita membenci sikapnya..tapi ketahuilah dalam setiap diri kita, dalam hati kita...kita tidak akan mampu menghadapi hidup ini apabila kita kehilangan diri mereka...kerana mereka mewarnai kehidupan kita...menjadi tempat senda dan gurau bersama..mereka la abang..akak...dan adik-adik kita..saudara kita....itulah cinta sesama saudara..

cinta sesama insan---> cinta sesama insan...cinta yang dibajai dengan sejuta pengorbanan...cinta yang membuatkan manusia lemah apabila kehilangannya...itulah cinta...cinta adam dan hawa...cinta berkawan....cinta adam dan hawa..jika dibajai dengan ketulusan hati..maka ia akan memberikan kebhagiaan yang tiada tandingnya dalam diri setiap insan....dan cinta ini adalah cinta yang tulus hingga akhir hayat seorang insan...cinta yang membuatkan manusia boleh melakukan apa sahaja asalkan tidak kehilangannya......> cinta berkawan pula adalah cinta seorang sahabat kepada sahabatnya..cinta ini dibajai dengan kejujuran dan keikhlasan....tanpa keduanya...maka tidak lengkaplah cinta berkawan itu...

cinta itu kadangkala pengorbanan..cinta yang pergi membuatkan manusia lemah....tidak bermaya...ingatlah wahai kawan...cinta boleh dihargai...tapi jangan terlalu disanjungi...kerana ia akan membuat diri kita menderita dan kecewa....

susahnya bila mencari sahabat

Aku mmg la seorang yang pendiam. yang mungkin pada pandangan manusia lain..aku ini tidak lah punya banyak cerita yang menarik dalam hidup....mungkin pada pandangan manusia lain aku hanyalah aku....yang tidak perlu disapa, dijga hatinya seperti insan yang lain...adakah ini suratan dan takdir hidup aku....seringkali kecewa dan terluka dengan kehidupan...seringkali terjatuh dan tersungkur sendirian, ditinggalkan teman-teman yang sangat aku percayai dalam hidup ini...

kadang-kadang aku terfikir pada siapa harus aku tujukan segala rasa yang ada di hati ini..sangat kecewa dengan kehidupan, namun bersyukur, masih lagi diberi ketabahan dihati dan tak buat benda-benda tak elok

di dunia ini..aku diberikan segala dugaan yang aku sendiri kadang-kadang tak mampu lalui...
paling banyak yang aku terima adalah dugaan dalam berkawan..terlalu banyak pahit yang telah aku telan..macam-macam perangai dah aku jumpa...ada yang baik..ada yang baik tapi ada makna disebaliknya kemudian pergi...ada yang terlalu jahat sehingga menjatuhkan...ada yang menyisihkan...ada yang mementingkan diri...

aku rasa aku tak pernah nak berkira bila berkawan...aku sanggup buat apa je..demi seorang kawan...tapi ada berkira bila berkawan...
aku sanggup redah apa je bila nk tolong kawan...hujan ke..panas ke...malu ke...aku akan tepikan...
tapi..kadang-kadang kawan-kawan tak sanggup nak buat macam tu
aku pun pernah terfikir...kalau aku sanggup mati untuk seorang kawan...
macamana pulak kawan tu pada aku...??


Jumaat, 18 Mac 2011

.sangat sayang kepada kamu...
kalianlah yang membawaku kedunia ini...
yang mencelikkan aku daripada kebutaan.
yang menemani aku kala aku ketakutan
yang melindungi aku...
kalian yang memberikan aku kekuatan
kadang-kala kalian juga menjadi tempat bagi segala keperluanku...
tanpa aku sedar, aku telah banyak menyusahkan diri kalian...
kalian insan yang sangat mulia di sisiNYA...
mungkin aku bukanlah insan yang akan bau syurgaNya...
kerana aku tidak pernah sempurna seperti rasulNya..
kalian adalah insan yang terbaik...
yang hidup dihatiku selamanya...
kadangkala pernah terfikir..
tanpa kamu berdua.....bagaimana hidupku..
seringkali aku menyakiti kalian
namun kalian tabah dengan kerenah diri ini...
aku berjanji..diantara beribu kalian satu2nya dihati
yang akan aku dahulukan,...