
Sedih dan serba salah..., tak lena tidur bila memikirkan kata-kata dari seorang
kawan yang rapat dengan aku, walaupun aku dan mereka hanya kenal 2 sem selama belajar di UKM..namun aku merasa bersyukur dan bahagia, kerana mereka menerima aku seadanya sebagai seorang kawan....
Bagi aku, mereka adalah kawan aku sekarang ni, dan aku berdoa agar segala yang pahit takkan berulang lagi dalam hidup aku..semalam perbualan aku tiba-tiba masuk bab kolej, kawan aku ajak aku ke kolej lain sem depan. tapi hati aku kuat utk nk meninggalkan kajai, kerana disitu la segala permulaan yang aku ada, walaupun ada kenangan pahit yang tercalit, namun kat kajai jug ada kenangan manis yang terhimpun..mungkin dari MMP lagu aku dan kawan sebatch dah dididik untuk sayang kepada kajai ini..
pernah juga terniat dihati untuk meninggalkan kajai, kerana kngan pahit yang lalu, namun segalanya telah berlalu, walaupun hati terluka dan sedih diatas apa yang terjadi, namun aku rasakan seolah2, kolej ni tidak membenarkan aku melangkah pergi meninggalkan penghuni disini..
ela dan elot kata, mereka pelik dengan aku, sebab aku suka buat segala benda berseorangan...aku cuba jelaskan pada ela, namun aku tak mampu untuk luahkan...mereka pelik dengan aku, walaupun dah lama kami kenal dan rapat, namun mereka kata seolah-olah ada "gap" diantara aku dan mereka. mungkinkah kerana aku sudah biasa seorang diri sejak kecil lagi, ataupun mungkin kah penangan dari peristiwa pahit yang aku alami??...
mungkin kedua-duanya.., kerana aku terbiasa seorang diri sejak aku kanak-kanak lagi, dunia aku adalah diriku sendiri, segala masalah dan kesedihan akan aku kongsikan bersama aku...kerana aku merasakan tiada siapa yang peka dengan keadaanku, meskipun ayah dan ibu..oleh kerana itu, diriku telah terdidik untuk melakukan segalanya seorang diri tanpa menyusahkan orang lain...aku gemar dan suka membantu rakan-rakan dan teman, namun aku sukar menerima bantuan dari orang lain meskipun kawan...kerana istilah yang aku nyatakan td...pokoknya tiada siapa akan mengetahu perjalanan kehidupanku, hanya aku yang tahu pergolakan mindaku..
peristiwa hitam yang terjadi di kajai juga sudah cukup membuatkan aku serik dan sedih dengan apa yang terjadi...rupa-rupanya aku buta, Allah telah berikan aku petunjuk dan kasihNya pada ku, namun aku buta dan bodoh, aku masih menerima lagi seorang sahabat sehingga dia menghancurkan hidupku sendiri...aku masih kasihan dengan dia..aku bodoh dan buta untuk menilai kaca dan permata, aku bodoh kerana bermurah hati berkongsi segala kegembiraan dan kelebihanku yang ada bersama dia...dan akhirnya aku menderita dan kesedihan kerana seorang yang bernama kawan, sahabat dan teman itu...sesuatu keindahan dan kegembiraan yang aku lalui dikajai hilang setelah kehadiran insan bernama sahabat itu..segala kegembiraan aku, bertukar kepadanya, kerana dia seorang yang bijak mengambil peluang itu dan akhirnya aku disingkirkan daripada kawan-kawan yang aku sangat percaya dan sayang..dan ketika itu, aku membuat keputusan untuk berundur diri, demi kebaikan bersama, sehingga aku terpaksa redha melalui hidup seorang diri akibat ditinggalkan seorang manusia bernama KAWAN kerana seorang yang baru sahaja mereka kenali dariku iaitu sahabat yang telah menghancurkan seluruh kebahagiaan hidupku...
segala yang terjadi adalah penangan untuk aku untuk terus melalui jalan hidup aku seorang diri...apa yang terjadi hanya Allah sahaja yang mengetahui..dan disaat itu juga, Allah pertemukan aku dengan ela, elot dan mubaraq, 3 kawan inilah yang menerima aku sebagai kawan seadanya sehingga ke hari ini..dan aku bersyukur....
aku sangat hargai mereka sebagai kawan...aku faham apa yang mereka sampaikan kepadaku..mereka tidak mahu aku keseorangan, dan aku tidak berniat menolak pelawaan mereka untuk ke kolej yang sama..namun jauh dari sudut hatiku masih ada lagi rasa sayang pada kajai..bukan kerana aku ingin wujudkan gap diantara mereka..jauh dari sudut hati ini mengatakan berat rasanya bila berjauhan dengan kawan yang telah rapat dengan kita..namun aku pasti mereka akan memahaminya..walaupun mereka mempersoalkan diriku...aku akan berjanji, walaupun jauh dari mereka nanti, aku tidak akan pernah melupakan mereka....aku mahu mereka faham, diriku sudah terdidik sebegini..aku mahu mereka tahu, pengalaman itu menjadikan aku begini...dan aku mahu mereka tahu..aku ingin menjadi kawan buat mereka sampai bila-bila...