ya Allah aku bersalah, aku kesal di atas segala yang terjadi..arini..aku telah melakukan satu besar kerana menyakiti hati dan perasaan sahabatku...aku guris hati dorang, aku buat mereka kecewa dengan aku gara-gara emosi yang terlalu aku ikutkan...aku terlalu degil dan keras hati...ya Allah...arini aku cuba minta maaf kepada dua orang kawan yang sangat aku kasihi di dunia ini melebihi diri aku sendiri..tanpa mereka...aku tidak tahu apa yang akan jadi pada diri aku...dan hari ni mereka merajuk dengan aku...terguris dengan sikap aku..aku syg dorg..aku xnk kehilangan sahabat aku tu..ya Allah aku sggp mati dan berkorban demi kawan satu hari dulu...kali ini tlgla aku untuk memohon maaf kepada mereka, tlg la aku membuka ati mereka memaafkan aku...dorg banyak ambil berat tentang aku..tapi aku sia2kan segalanya..aku rasa sangat bersalah ya Allah..aku kesal ya Allah..saat ni aku terasa dunia sangat gelap, aku tak boleh nak buat apa2 selain mengingati mereka...ela x pernh mara dan merajuk pada aku macam tu...elot pun sama...aku tak pernah terasa dengan mereka...cuma kadang-kala maslh tiba tnpa aku duga..aku tak tau macamna nk elak..aku tak setabah elot...aku tak sekuat ela....aku tak tabah sejak akhir-akhir ni.hanya ela n elot yang selalu bangkitkan semangat aku..tp hari ni..ela mara aku..slalu bila aku kol tak pernah dia tak jawab...tapi hari ni dia macam tak nak di ganggu je ..esok kelas bi aku tak tau nk jumpa dorg macamana..aku tau dorang nak yang terbaik buat aku,xnak aku jadi insan yang lemah hati..dorang nak aku kuat macam dorang...ya Allah sampai ke malam air mata keluar tak berhenti..selagi aku tak dapat cakap dengan ela, selagi tu aku takkan berhenti menangis..aku lega elot maafkan aku..terima ksih elot..aku banyak menyusahkan dorang...tak tau aku nak blas macamana..aku nk sher sgala mslh aku dgn dorg..tapi agak susah untuk aku luahkn...sebab hidup dorang sangat lengkap...aku senang bila bersama keluarga ela...rumah dia pnuh dengan kebhagiaan...aku jugak senang dengar cerita elot..seolah-olah dia lalui hari-hari bersama keluarga dia dengan indah..sampai kadang-kadang aku malu sebab aku takde cerita indah untuk aku kongsi dengan ela n elot...
dalam kereta elot dan ela selalu borak pasal keluarga dorg...kelebihan keluarga dorg...kegembiraan...tapi bila dikenang balik..aku takde sema tu...aku bersyukur..aku ada ayah..ibu..adik2....abah belikan apa yang aku mahu..mak ia kan apa yang aku ingin...tapi mereka tak pernah berikan yang sebenarnya2nya aku inginkan...iaitu kasih syg sebuah keluarga...itulah yang aku inginkan...aku impikan adik beradik seperti ela..n elot...tapi aku takde...adik-adik aku tak macam tu, kami kadang kala tak sehaluan...jarang-jarang nak berborak macam adik beradik ela n elot...tiap kali aku pulang kerumah..aku terasa kosong sehingga menyebabkan aku ingin pulang semula ke ukm..
raya tahun ni pun aku tak macam family ela n elot...aku tak pakai langsung baju raya, raya pertama sampaila blik ke ukm...aku tak tau apa nak cakap pada ela bila dia tnya aku pakai atau tak baju yang beli tu..dan aku terpaksa jawab aku dah pakai..walaupun dalam hati aku meronta-ronta nak bagitau ela yang aku tak sempat pakai baju tu....aku malu..raya tahun ni..seperti biasa...bila aku tgk foto keluarga ela..aku terfikir,bila laa aku boleh bergmbar dengan keluarga aku macam ni...aku tak pernah ada peluang..bila aku ajak.macam-macam alasan keluarga aku bagi...raya tahun ni gak..banyak sangat konflik yang jadi..sampi aku rasa tertekan dan terlalu memikirkn elot kata aku tak pernah cerita tentang family aku pada dorng..aku tak dapat nak cerita sebb aku takda cerita yang indah yang boleh di kongsi bersama dorang..kadang-kadang aku rasa hidup aku di dunia hanya lakonan..terpaksa ceria walaupun sebenarnya tak..
kadang-kadang pulak aku kecewa dengan adik-adik aku..kerana terlalu sangat mernyusahkan mak dan abah....dorang banyak berkorban tapi adik2 aku tak sikit pun hargai...dorang dah terlalu penat...penat menahan sikap dan kerenah adik-adik yang semakin besar semakin membimbangkan.......banyak sangat yang mereka tempuhi..kadang-kdang aku fikir..mungkin ini kesalahan mak dan abah..yang tak pernah membesarkan kami sangat dengan kasih sayang..sebab tu adik-adik lebih mempercayai kawan daripada keluarga sehingga memusnahkn diri...tapi aku tak boleh salahkan mak dan abah..dorang dh terlalu banyka berkorban..mak dan abah adalah ibu dan ayah yang paling tabah...mungkin mereka khilaf dalam menyedari erti ksh dan syg je..dari sudut yang lain..mereka terlalu tabah membesarkan aku dan adik-adik..aku tetap sayang mak dan abah sampai bila2...sampai sekarang..keluarga aku masih samar2 dengan kasih syg..
ela n elot pulak satu2nya kawan dan sahabat yang aku syg..tempt aku bergurau..ketawa..kadg2 gurauan dorg buat aku bengang..tp aku tak pernah amik hati pun..aku silap ya Allah..aku guris hati dorang..ya Allah..jangan KAU Hilangkan mereka dari hidup aku..sesungguhnya aku amat menyayangi mereka...
raef - Your mercy (maroon 5 cover go home without you)
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=xCkIz1D6p-8
Ahad, 26 September 2010
Rabu, 22 September 2010
Bila perlu aku pergi...
Ya Allah bila perlu aku pergi tolong khabarkan padanya yang aku sangat sayangi dia..
ya Allah bila perlu aku pergi..khabarkan padanya bahawa dia lah yang pernah menerangi hidupku..
Ya Allah..bila perlu aku pergi..khabarkan padanya..aku sangat kehilangan dia..
ya Allah bila perlu aku pergi..khabarkan padanya...dia adalah kenangan terindah ku..
ya Allah bila perlu aku pergi..khabarkan padanya..kadang-kadang aku terluka kerana dia..namun aku tetap mengasihinya..
ya Allah..bila perlu aku pergi..kuatkan hatiku untuk melangkah pergi meninggalkan dia..
ya Allah bila perlu aku pergi...kasihila dia selamanya...berikan kebahagiaan padanya...
ya Allah bila perlu aku pergi...khabarkan padanya,,bahawa dia adalah sahabatku..dunia dan akhirat...
ya Allah bila perlu aku pergi..khabarkan padanya bahawa dia lah yang pernah menerangi hidupku..
Ya Allah..bila perlu aku pergi..khabarkan padanya..aku sangat kehilangan dia..
ya Allah bila perlu aku pergi..khabarkan padanya...dia adalah kenangan terindah ku..
ya Allah bila perlu aku pergi..khabarkan padanya..kadang-kadang aku terluka kerana dia..namun aku tetap mengasihinya..
ya Allah..bila perlu aku pergi..kuatkan hatiku untuk melangkah pergi meninggalkan dia..
ya Allah bila perlu aku pergi...kasihila dia selamanya...berikan kebahagiaan padanya...
ya Allah bila perlu aku pergi...khabarkan padanya,,bahawa dia adalah sahabatku..dunia dan akhirat...
Bila kehilangan...
Ya Allah sekiranya kehilangan itu satu hari akan aku miliki..aku redha..kerana aku tahu..kasih manusia hanya sementara..redhakan aku dengan pemergiannya..
kuatkan hati aku dalam melepaskannya pergi..
jangan KAU biarkan aku menangis kerana seorang manusia..
tabahkan hati ku ini..agar aku bisa menempuh hari yang mendatang..
ya Allah khabarkan padaku cara untuk aku meninggalkan dia pergi dan melupakannya...
jangan kau biarkan aku sentiasa mengingatinya ya Allah...
jangan kau biarkan aku derita lagi kerana seorang kawan...
kerana aku tak sanggup lagi untuk menghadapinya..
tolong aku ya Allah...aku mohon pertolonganmu...
hanya KAU maha memahami segala perasaanku...
hanya padamu aku luahkan seglanya....
aku redha jika setiap insan yang hadir dalam hidup ini adalah semntra...
hanya aku mohon kasihmu...
kasihmu hingga hujung nyawaku...amin...
kuatkan hati aku dalam melepaskannya pergi..
jangan KAU biarkan aku menangis kerana seorang manusia..
tabahkan hati ku ini..agar aku bisa menempuh hari yang mendatang..
ya Allah khabarkan padaku cara untuk aku meninggalkan dia pergi dan melupakannya...
jangan kau biarkan aku sentiasa mengingatinya ya Allah...
jangan kau biarkan aku derita lagi kerana seorang kawan...
kerana aku tak sanggup lagi untuk menghadapinya..
tolong aku ya Allah...aku mohon pertolonganmu...
hanya KAU maha memahami segala perasaanku...
hanya padamu aku luahkan seglanya....
aku redha jika setiap insan yang hadir dalam hidup ini adalah semntra...
hanya aku mohon kasihmu...
kasihmu hingga hujung nyawaku...amin...
Jumaat, 10 September 2010
Hari Raya ini..
LUAHAN HATI KU…DI PAGI RAYA
Sebulan kita puasa..
Sekarang tibanya hari raya…
Disambut meriah dan gembira…
Insan Berbaju baru dan bermaafan di pagi hari..
Tanda mensyukuri nikmat di beri…
Teringat daku di zaman kecilku..
Bergembira menyambut Hari raya..
Berbaju baru…memohon maaf…
Tersenyum gembira menyambutnya..
Bahagia dan gembira kurasakan…
Namun kini hilang sudah
Bagaikan tiada raya bagiku….
Baju baru sudah di beli..
Juadah raya telah tersedia..
Namun terasa kosong di pagi ini..
Pabila tiada suasana itu lagi…
B’maafan entah dimana..
Mensyukurinya semakin pergi…
Terasa cemburu melihat teman teman
Yang gembira di aidilfitri…
Bersama keluarga lengkap sekali
Berbaju baru, memohon kemaafan
Mengunjungi pusara kaum keluarga
Sedangkan aku merasakan kekurangan …
Walaupun lengkap di hari raya..
Namun kosong rohani dan jiwa…
Teringin daku bersalaman pada ibu dan ayah..
Teringin daku menerima kemaafan dari adik-adikku
Teringin daku menyimpan sekeping foto keluargaku
Tanda kenangan di hari mulia
Namun semua itu angan semata-mata
Yang tak mungkin tercapai sehingga akhirnya
Menitis air mata memendam rasa
Mendamba suasana yang bahagia
Di pagi syawal yang menjelma…
Ya Allah..
Semoga kau sinari kan lebaran untukku di masa mendatang..
Semoga diberi jalan untukku..
Mengubah kekurangan di aidifitri…..
Diri ini merindui suasana aidifitri…
Yang kurasa telah lama tak ku temui…
Hanya teman-teman pengubat luka dihati
Apabila bertemu dengan mereka di hari raya nanti…
Semoga raya sempat ku syukuri…
Semoga bahagia itu kan ku temui…
Sebelum mata menutup pergi…..
NUKILAN: TINIE
Sebulan kita puasa..
Sekarang tibanya hari raya…
Disambut meriah dan gembira…
Insan Berbaju baru dan bermaafan di pagi hari..
Tanda mensyukuri nikmat di beri…
Teringat daku di zaman kecilku..
Bergembira menyambut Hari raya..
Berbaju baru…memohon maaf…
Tersenyum gembira menyambutnya..
Bahagia dan gembira kurasakan…
Namun kini hilang sudah
Bagaikan tiada raya bagiku….
Baju baru sudah di beli..
Juadah raya telah tersedia..
Namun terasa kosong di pagi ini..
Pabila tiada suasana itu lagi…
B’maafan entah dimana..
Mensyukurinya semakin pergi…
Terasa cemburu melihat teman teman
Yang gembira di aidilfitri…
Bersama keluarga lengkap sekali
Berbaju baru, memohon kemaafan
Mengunjungi pusara kaum keluarga
Sedangkan aku merasakan kekurangan …
Walaupun lengkap di hari raya..
Namun kosong rohani dan jiwa…
Teringin daku bersalaman pada ibu dan ayah..
Teringin daku menerima kemaafan dari adik-adikku
Teringin daku menyimpan sekeping foto keluargaku
Tanda kenangan di hari mulia
Namun semua itu angan semata-mata
Yang tak mungkin tercapai sehingga akhirnya
Menitis air mata memendam rasa
Mendamba suasana yang bahagia
Di pagi syawal yang menjelma…
Ya Allah..
Semoga kau sinari kan lebaran untukku di masa mendatang..
Semoga diberi jalan untukku..
Mengubah kekurangan di aidifitri…..
Diri ini merindui suasana aidifitri…
Yang kurasa telah lama tak ku temui…
Hanya teman-teman pengubat luka dihati
Apabila bertemu dengan mereka di hari raya nanti…
Semoga raya sempat ku syukuri…
Semoga bahagia itu kan ku temui…
Sebelum mata menutup pergi…..
NUKILAN: TINIE
Langgan:
Ulasan (Atom)