raef - Your mercy (maroon 5 cover go home without you)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=xCkIz1D6p-8

Isnin, 10 Disember 2012

*SEKADAR RENUNGAN*~



Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Ahad, 9 Disember 2012



                                           Cantiknye rak buku ni..sgt kreatif. ^^..sesuai dgn ayat

                                                               اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
                "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, (surah Al-'Alaq:1)

Rabu, 10 Ogos 2011

hati-hati bila pilih sahabat....

Sahabat pemboros dan suka hiburan:

ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat.Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


Sahabat hipokrit:

ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat pengampu:

Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.


Selasa, 9 Ogos 2011


Aku suka nak kongsi kata-kata ni..kadang-kadang dengan membaca kata-kata ni memberikan kekuatan kepada diri sendiri dalam menempuh segala dugaan, ujian dan sebagainya...

kesengsaraan dan penderitaan, bala bencana dan malapetaka dalam hidup merupakan ketentuan-ketentuan dari Allah untuk kebaikan kita yang seharusnya kita terima dan sambut dengan hati yang terbuka.

Namun adakalanya, ketentuan-ketentuan yang menimpa kita itu terlalu pedih dan ditanggung lagi dengan kesabaran dan kecekalannya.

Jika seksaan dan kepedihan dari ketentuan Allah itu tidak tertanggung lagi, kita masih boleh mengadap Allah untuk merayu dan berdoa supaya dihapuskanNya ketentuan itu dari diri kita. ini lah pesanan Rasulullah s.a.w kepada kita

Allah Maha Mengetahui apa yang kita tanggung.

Allah maha mengasihani keadaan hidup kita. Allah juga Maha Pemberi ke atas apa sahaja yang kita pinta dariNya.

Apabila Allah telah menggerakkan hati kita untuk berdoa kepadaNya supaya dihapuskan penderitaan dan kesengsaraan, ujian dan kesedihan kita itu, bermakna Allah telah bersedia membuka jalan kepada kita untuk melepasi ketentuan yang tidak dapat kita tanggung itu.

Hayati lagu Sami Yusuf ni...

Healing By Sami Yusuf

it's so hard to explain
what 'im feeling
but i guess it's ok
cause i'll keep believing
there something deep inside
something that's calling
it's calling you and i
it's taking us up high

healing a simple act of kindness bring such meaning
A smile can change a life let's start believing
and feeling, let's start healing

heal and you be healed
break every border
give and you will receive
it's nature order
there is a hidden force
pulling us closer
its pulling you and i
it's pulling us up high

heart in the hand of another heart and in god's hand are all heart
and eyes takes care of another eye and form god's eye nothing hides
seek only to give and you'll receive
so heal and you will be healed

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً









Jangan putus asa..

Hidup mengajar kita erti satu perjalanan...perjalanan untuk mengenali erti tidak pernah putus asa dalam kehidupan...seringkali kita diuji dengan ujian yang kadang kala membuatkan kita putus asa untuk melangkah, tetap Allah tidak pernah membiarkan kita berputus asa begitu sahaja, DIA hadirkan kesabaran.ketabahan.dan kekuatan untuk menjadi teman kepada diri kita, hanya yang benar-benar menghargai kehadirannya akan menghayatinya sepenuh hati makna disebalik sabar, tabah dan kuat itu..mungkin hari ini kita tidak diberikan kelebihan seperti mana insan lain menikmati kelebihan dan rezeki yang dikurniakan kepada mereka..mungkin Allah telah tetapkan hari ini bukan rezeki untuk diri kita, disebalik ketetapan yang diberikan itu tersembunyi satu hikmah dimana kita hendak lah sentiasa mensyukuri apa yang telah diberikan kepada kita..samada dalam kesusahan ataupun kesenangan...redha dengan ujian dapat memberikan ketenangan kepada setiap insan untuk gagah mengharungi perjalanan hidup..oleh itu jangan pernah putus asa..kerana disebalik ujian ada hikmah yang terbaik yang tersembunyi untuk kita...

Selasa, 2 Ogos 2011

Menu berbuka Ramadhan ke-2


wiiweeee waktu berbuka dah nak hampir..
..so menu berbuka puasa hari ni sederhana je menu-menunye..

carrot susu,
Jus tembikai,
Bihun goreng khas mak masak,
Asam pedas and
Roti jala+
kurma tak ketinggalan...hehehee

Alhamdulilah syukurr atas rezekiNya...
selamat berbuka puasa..^^

Selamat Datang Ya Ramadhan...


Pejam celik, pejam celik dah tiba bulan Ramadhan..bulan yang penuh dengan 1001 keberkatan, aku b'syukur masih lagi diberi kesempatan bertemu dengan ramadhan tahun ni..moga puasa tahun ni memberikan kebaikan dan menjadikan diri aku lebih tabah hendaknya dalam menempuh kehidupan...^^..cerita pasal bulan Ramadhan ini..dah tentu la teringat masa-masa puasa dengan kawan-kawan aku..especially kat kuis dolu-dolu...tu la kenangan yang sush aku nak lupakan..tiap kali ramadhan menjelma pasti aku teringat saat kat sana..wuuuu mood sedih..rindu kat roomate2 aku dulu..huhu dan teringat pulak kenangan b'puasa dengan kawan kat ukm..dapatlah aku simpan kenangan manis berpuasa ngan dorang walaupun sekejap je aku jadi kawan dorang..;(, so pengalaman ini membuatkn aku muhasabah diri sndiri..kena ingat manusia takkan lari dari membuat kesilapan..:)

Arini dah 2 ramadhan..alhamdulilah, aku dapt melaksanakannya dengan baik..moge2 puase tahun ni boleh la cukup.hehehe..oklah..selamat menjalani ibadah puasa...

Ahad, 12 Jun 2011

Pergilah......

Hari ini hari yang amat menyedihkan aku…kadang-kadang tertanya mengapa diberikan ujian ini, terasa macam x mampu nak lalui..bila jauh..terasa ingin kembali kepangkuan keluarga…kerana kadangkala x mampu menanggung apa yang terjadi..tapi bila dah berada di rumah sendiri..lain pulak jadinya …terasa kurangnya kasih sayang di rumah ini…masing-masing tiada senyuman dan kegembiraan pun dalam menjalani hari-hari yang dikurniakan…kerana sedikit ujian..insan-insan dirumah ini seolah-olah tidak pernah tabah dalam menjalani kehidupan..masing-masing memalingkan muka, kadang-kadang terasa cemburu melihat keluarga lain yang bahagia…sedangkan diri sendiri terpaksa tersenyum di dalam kedukaan…tak tau pada siapa harus diceritakan kesedihan hati ini…hanya pada Allah ku berikan segalanya..adanya Dia menguatkan hati ini untuk terus menempuh ujian yang hadir…kesedihan, kesakitan, itu adalah anugerah dariNya untuk melihat sejauh mana hambaNya bersyukur dan mengingatinya…moga tidak lupa diri untuk menghargai pencipta..semoga kesedihan ini pergi jauh dan semoga diberi kebahagiaan yang didamba…

Selasa, 7 Jun 2011

Bukan niat nk wat dorg kecewa....

pejam celik-pejam celik...dah hampir sebulan lebih kot aku tgglkan rumah sewa kat kl tu...n sng citer aku dh x dok dh umh tu..sbnrnya dari awl lagi niat hati aku xnk kecewakan hati kwn2 dlam umah tu..tapi aku dah pun kecewakn dorg akhirnya...harapan aku, agar dorg memaafkan aku...aku sygkn dorg..tp aku xde pilihan lain, aku rasakn seolah-olah jiwa aku takde kat umah tu..aku rasa sunyi...aku rasa mcm takde siapa aku nk luah sgla rasa yang ada dalam hati aku...kl la tempat aku temui banyk kedukaan, ditmbh lagi situasi aku yang lambat nk dapat kerja n halangan2 lain yang m'buatkan aku tak dpat nk stay trus dgn korg..aku byk b'fikir smada nk truskan tggl dirumah tu atau pun tak..dan masa berada di jb aku dpt jawapannya dan aku wat keputusan utk tidak tinggal lagi dirumah tu..aku tau disaat aku buat keptusan ni...kawan-kwn akan kecewa..yelah, aku pernah janji yang aku akan stay kl terus..tp sebaliknya aku telah buat dorg hampa...aku serba salah nk bgtau..sbb dorg akan kecewa dgn aku..aku perlu kuar dari kl utk menenangkan diri aku seketika..dan seandainya ada lagi rezeki aku disana, aku akan kembali...kdg-kdg manusia memerlukan masa utk bersendirian...n wat kawan-kawan..hope kalian phm..bkn niat nk kecewakan korg...org pun bukan takde perasaan nk kecewakn kwn2 sesuka hati, semoga korg hepy slalu...kngn ngan korg xkn dilupa..~