raef - Your mercy (maroon 5 cover go home without you)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=xCkIz1D6p-8

Selasa, 9 Ogos 2011

Jangan putus asa..

Hidup mengajar kita erti satu perjalanan...perjalanan untuk mengenali erti tidak pernah putus asa dalam kehidupan...seringkali kita diuji dengan ujian yang kadang kala membuatkan kita putus asa untuk melangkah, tetap Allah tidak pernah membiarkan kita berputus asa begitu sahaja, DIA hadirkan kesabaran.ketabahan.dan kekuatan untuk menjadi teman kepada diri kita, hanya yang benar-benar menghargai kehadirannya akan menghayatinya sepenuh hati makna disebalik sabar, tabah dan kuat itu..mungkin hari ini kita tidak diberikan kelebihan seperti mana insan lain menikmati kelebihan dan rezeki yang dikurniakan kepada mereka..mungkin Allah telah tetapkan hari ini bukan rezeki untuk diri kita, disebalik ketetapan yang diberikan itu tersembunyi satu hikmah dimana kita hendak lah sentiasa mensyukuri apa yang telah diberikan kepada kita..samada dalam kesusahan ataupun kesenangan...redha dengan ujian dapat memberikan ketenangan kepada setiap insan untuk gagah mengharungi perjalanan hidup..oleh itu jangan pernah putus asa..kerana disebalik ujian ada hikmah yang terbaik yang tersembunyi untuk kita...

Tiada ulasan: