raef - Your mercy (maroon 5 cover go home without you)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=xCkIz1D6p-8

Rabu, 10 Ogos 2011

hati-hati bila pilih sahabat....

Sahabat pemboros dan suka hiburan:

ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat.Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


Sahabat hipokrit:

ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat pengampu:

Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.


Selasa, 9 Ogos 2011


Aku suka nak kongsi kata-kata ni..kadang-kadang dengan membaca kata-kata ni memberikan kekuatan kepada diri sendiri dalam menempuh segala dugaan, ujian dan sebagainya...

kesengsaraan dan penderitaan, bala bencana dan malapetaka dalam hidup merupakan ketentuan-ketentuan dari Allah untuk kebaikan kita yang seharusnya kita terima dan sambut dengan hati yang terbuka.

Namun adakalanya, ketentuan-ketentuan yang menimpa kita itu terlalu pedih dan ditanggung lagi dengan kesabaran dan kecekalannya.

Jika seksaan dan kepedihan dari ketentuan Allah itu tidak tertanggung lagi, kita masih boleh mengadap Allah untuk merayu dan berdoa supaya dihapuskanNya ketentuan itu dari diri kita. ini lah pesanan Rasulullah s.a.w kepada kita

Allah Maha Mengetahui apa yang kita tanggung.

Allah maha mengasihani keadaan hidup kita. Allah juga Maha Pemberi ke atas apa sahaja yang kita pinta dariNya.

Apabila Allah telah menggerakkan hati kita untuk berdoa kepadaNya supaya dihapuskan penderitaan dan kesengsaraan, ujian dan kesedihan kita itu, bermakna Allah telah bersedia membuka jalan kepada kita untuk melepasi ketentuan yang tidak dapat kita tanggung itu.

Hayati lagu Sami Yusuf ni...

Healing By Sami Yusuf

it's so hard to explain
what 'im feeling
but i guess it's ok
cause i'll keep believing
there something deep inside
something that's calling
it's calling you and i
it's taking us up high

healing a simple act of kindness bring such meaning
A smile can change a life let's start believing
and feeling, let's start healing

heal and you be healed
break every border
give and you will receive
it's nature order
there is a hidden force
pulling us closer
its pulling you and i
it's pulling us up high

heart in the hand of another heart and in god's hand are all heart
and eyes takes care of another eye and form god's eye nothing hides
seek only to give and you'll receive
so heal and you will be healed

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً









Jangan putus asa..

Hidup mengajar kita erti satu perjalanan...perjalanan untuk mengenali erti tidak pernah putus asa dalam kehidupan...seringkali kita diuji dengan ujian yang kadang kala membuatkan kita putus asa untuk melangkah, tetap Allah tidak pernah membiarkan kita berputus asa begitu sahaja, DIA hadirkan kesabaran.ketabahan.dan kekuatan untuk menjadi teman kepada diri kita, hanya yang benar-benar menghargai kehadirannya akan menghayatinya sepenuh hati makna disebalik sabar, tabah dan kuat itu..mungkin hari ini kita tidak diberikan kelebihan seperti mana insan lain menikmati kelebihan dan rezeki yang dikurniakan kepada mereka..mungkin Allah telah tetapkan hari ini bukan rezeki untuk diri kita, disebalik ketetapan yang diberikan itu tersembunyi satu hikmah dimana kita hendak lah sentiasa mensyukuri apa yang telah diberikan kepada kita..samada dalam kesusahan ataupun kesenangan...redha dengan ujian dapat memberikan ketenangan kepada setiap insan untuk gagah mengharungi perjalanan hidup..oleh itu jangan pernah putus asa..kerana disebalik ujian ada hikmah yang terbaik yang tersembunyi untuk kita...

Selasa, 2 Ogos 2011

Menu berbuka Ramadhan ke-2


wiiweeee waktu berbuka dah nak hampir..
..so menu berbuka puasa hari ni sederhana je menu-menunye..

carrot susu,
Jus tembikai,
Bihun goreng khas mak masak,
Asam pedas and
Roti jala+
kurma tak ketinggalan...hehehee

Alhamdulilah syukurr atas rezekiNya...
selamat berbuka puasa..^^

Selamat Datang Ya Ramadhan...


Pejam celik, pejam celik dah tiba bulan Ramadhan..bulan yang penuh dengan 1001 keberkatan, aku b'syukur masih lagi diberi kesempatan bertemu dengan ramadhan tahun ni..moga puasa tahun ni memberikan kebaikan dan menjadikan diri aku lebih tabah hendaknya dalam menempuh kehidupan...^^..cerita pasal bulan Ramadhan ini..dah tentu la teringat masa-masa puasa dengan kawan-kawan aku..especially kat kuis dolu-dolu...tu la kenangan yang sush aku nak lupakan..tiap kali ramadhan menjelma pasti aku teringat saat kat sana..wuuuu mood sedih..rindu kat roomate2 aku dulu..huhu dan teringat pulak kenangan b'puasa dengan kawan kat ukm..dapatlah aku simpan kenangan manis berpuasa ngan dorang walaupun sekejap je aku jadi kawan dorang..;(, so pengalaman ini membuatkn aku muhasabah diri sndiri..kena ingat manusia takkan lari dari membuat kesilapan..:)

Arini dah 2 ramadhan..alhamdulilah, aku dapt melaksanakannya dengan baik..moge2 puase tahun ni boleh la cukup.hehehe..oklah..selamat menjalani ibadah puasa...