raef - Your mercy (maroon 5 cover go home without you)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=xCkIz1D6p-8

Selasa, 29 Disember 2009

Terima kasih kawan....

Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya, dan 2010 pula bakal menjelma, terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang akan dikenang dalam hidup ini....segala rintangan dan dugaan hanyalah kerana DIA ingin mengujisetiap hamba-hambaNya...kita harus redha dengan segala yang telah terjadi...aku berharap 2010 akan menjanjikan yang lebih baik dan memberikan kebahagiaan buat diriku disamping azam baru yang seiring bersama....
2009 meninggalkan kenangan pahit untukku...dibenci manusia, dicaci dan dimaki, kehilangan insan yang bermakna dalam hidup, di khianati...telah aku tempuhi dengan sabar dan redha..adalakanya hati tak mampu menahan...namun aku harus terima mungkin ini lah takdirku yang di tentukan Allah..ingin aku lupakan..namun sebagai manusia yang punyai hati dan rasa...ia sukar dan payah untuk dilupakan....aku berharap ianya tidak berulang lagi..
2009 ni juga membuatkan gembira kerana, disaat aku keseorangan disaat itu Allah menemukan aku dengan kawan-kawan yang baik bagi aku...mereka menerima aku sebagai kawan mereka dan membuatkan aku rasa masih ada lagi insan yang ingin menghargai diri ini...terima kasih kawan ku, Syaziela, Elot dan Mubaraq...mengenali kalian, membuatkan aku mengenali hidup aku yang sebenarnya...terima kasih sebab menjadi kawan suka dan duka bersama....aku sangat gembira dan bahagia mengenali kalian hingga akhir hayat aku...semoga kita akan tetap berkawan sampai bila-bila....

Khamis, 17 September 2009

pemergian selamanya seorang kawan...

Setelah lama terpisah dengan rakan-rakan ku di sekolah dulu...alhamdulilah akhirnya aku bertemu semula dengan mereka, puas aku mencari mereka...dan alhamdulilah usaha aku berjaya berkat kesungguhan ini...namun hari ini aku dikhabarkan oleh salah seorang rakan sekolah dahulu mengenai pemergian seorang rakan sekelas ku Putriwani buat selamanya menghadap Illahi pada 26 februari 2009 sehari selepas ulang tahun kelahirannya pada 25 februari 2009...semoga rohnya di tempatkan disisi HambaNya yang solehah...walaupun aku tidak serapat mana dengan arwah..namun pemergiannya amat aku rasakan sebagai seorang kawan yang pernah melalui saat-saat manis ketika di sekolah dahulu...aku doakan agar rohnya bahagia disana amin.....buat teman-teman..hargailah kawan dan sahabat kita sementara mereka masih didunia ini....

Rabu, 16 September 2009

Hidup sebagai Student...

Hidup sebagai seorang pelajar..amat mencabar..namun aku gembira kerana aku dapat menimba sebereapa banyak pengalaman yang ada...selagi mampu dan berkesempatan..jangan kita sia-siakan kehidupan kita sebagai pelajar...
bergelar mahasiswi sungguh membanggakan aku, tambahan lagi sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan Media..

Sabtu, 27 Jun 2009

sahabat tercinta

Sungguh kelam mentari bersinar
burung-buring berkicau tiada kedengaran
sungguh lebat hujan gerimis

bintang malam tiada kerlipan...

teringat saat kita bersama
bergurau senda
tertawa dan berduka....
itu menjadi lumrah aku dan dirimu...

Sejak kau tiada bersamaku
Dunia kurasakan sepi
Hari-hariku kurasakan tiada makna
Langkahku kurasakan hampa...

Teman....
Aku merinduimu....
Merindui saat ketika kita tertawa dan gembira...
Di sini aku bertemumu...
Di sini ku huraikan segala suka dukaku
Di sini jua di taman ilmu ini aku berjanji akan setia sebagai temanmu
...

Telah lama....
Kau tiada disisiku..
Melalui onak dan duri liku...
Aku bagai kehilangan arah...
Mencari kemana hilangnya insan yang ku kasihi...

ketika aku bersendirian...
Ku melihat kalian gembira...
Tanpa memikirkan aku lagi..
Dimana janji persahabatan kita..
Adakah aku bermimpi
Ingin mencapai suatu yang tak pasti...

Teman..
Tiap kali aku berdoa padaNya...
Agar di kekalkan ikatan ini...
moga kita tabah melalui segala rintangan...
gigih melakar kejayaan bersama...

Namun ku pasrah atas segala yang terjadi...
Pertemuan yang diatur
Pasti ada perpisahannya...
Aku cuba memelihara ikatan ini
Namun takdir telah menentu
Segalanya...

Hari ini aku melalui lorong sepiku...
Melangkah maju sendirian...
Tanpa dikau bersama....
Hari ini aku tertawa sendiri...
Hingga aku buntu pada siapa lagi
Harus ku tujukan gembiraku ini...

Semoga dikau bahagia selamanya...
Bersama teman lain yang menemanimu...
Aku hanya mampu melihatmu dari jauh...
Mendoakan kebahagiaanmu
Dan aku berjanji akan sentiasa menjadi temanmu..
Selamanya...
Wahai Sahabatku.....

Jumaat, 26 Jun 2009

Siapakah Sahabat Sejati??

Sahabat sejati adalh ia yang mengetahui kelemahanmu lalu
memberimu kekuatan...
Sahabat sejati adalah yang mengetahui kelebihanmu lalu
memberimu dukungan...
Sahabat sejati adalah ia yang mengetahui masalahmu lalu memberimu bantuan dan pengertian...
Sahabat sejati adalah ia yang mengetahui kesedihanmu lalu memberimu kegembiraan..
Sahabat sejati adalah ia yang mengetahui cita-citamu lalu memberimu semangat dan dorongan...
Sahabat sejati adalah ia yang mengetahui kebodohanmu lalu memberimu pengetahuan
Sahabat sejati adalah i yang mengetahui kealpaanmu lalu memberimu peringatan dan petunjuk...
Sahabat sejati adalah ia yang ADA SAAT KAU BAHAGIA DAN TETAP BERSAMA SAAT KAU BERDUKA.....

Sabtu, 13 Jun 2009

persahabatan adalah suatu yang amat berharga dalam diri kita, andai kita mempunyai sahabat di dunia ini hargailah mereka, kerana kita bertuah di pertemukan dengan sahabat yang dapat melalui segala suka dan duka bersama kita, nasihatilah sahabat kita kiranya dia membuat kesilapan, bukan meninggalkan dia sendirian...itulah sebaik-baik sahabat...sahabat yang baik adalah sahabat yang tidak cepat melatah dengan apa yang berlaku dalam persahabatan mereka, segala dugaan yang tiba merupakan ujian dariNya..untuk melihat adakah kita mampu memelihara ukhuwah yan terbina antara kita dan sahabat.

sekiranya kita telah kehilangan atau ditinggalkan sahabat yang suatu ketika dulu menjadi pendorong dan semangat kepada diri kita, berdoalah semoga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam melalui hari-hari sepi tanpa mereka, walaupun pada hakikatnya jauh dari sudut hati kecil mengatakan bahawa kita amat merindui mereka, jadikanlah apa yang terjadi ini suatu pengalaman hidup yang tidak akan dapat kita lupakan.

dalam dunia ini kita mampu mencari seberapa banyak jua sahabat yang kita kehendaki, tetapi sahabat yang benar-benar baik itu belum tentu pasti kita temui, ada sahabat yang kita angggap adalah sahabat, kita anggap mereka adalah satu-satunya sahabat dan teman yang menemani kita kemana sahaja, yang memberi kegembiraan kepada kita,tetapi tanpa disangka,segala harapan kita itu sia-sia sahaja, kerana akhirnya mereka meninggalkan kita akibat kesilapan yang dilakukan, walaupun kita telah pun mengakui kesilapan kita itu. Akhirnya kita ditinggalkan bersendirian, dimana janji seorang sahabat itu itu???,

kita sentiasa berkorban demi sahabat yang kita kasihi, tetapi pastikah sahabat kita itu benar-benar ikhlas bersahabat dengan kita atau disebaliknya, adakalanya kita sanggup mementingkan sahabat kita lebih dari diri kita sendiri, tetapi adakah mereka memikirkan keihklasan dan pengorbanan kita terhadap mereka, akhirnya kita disisih dan di buang tanpa dipedulikan...hari ini, biarlah sahabat kita itu gembira dan tersenyum...hari ini mungkin kita tidak merasai kehilangan sahabat kita,kita merasakan kita punyai ramai lagi sahabat yang mendampingi diri kita, dan kita tidak lagi mempedulikan dirinya, tetapi ada ketikanya nanti, kita pasti menyesal dengan apa yang kita lakukan, kita pasti merasai kehilangan sahabat yang ditinggalkan itu, dan kita pasti melihat kebenaran yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi itu...kerana sahabat yang kita lupakan itulah suatu ketika yang akan menolong kita apabila kita dalam kesusahan...

oleh itu hargailah sahabat sementara kita dapat melihat mereka di dunia ini...kerana mereka juga insan biasa seperti kita yang tidak pernah sempurna, hari ini kita bergembira bersama teman-teman lain, tetapi adakah sikit perasaan kita untuk mengingati sahabat kita yang sedang bersendirian melalui hidupnya tanpa sahabat-sahabat yang dia kasihi...

Buat sahabat-sahabatku~...ina, iza, sal, dayah...yang aku kasihi...walau apapun yang terjadi, walau jauh kita terpisah,..ketahuilah sejak aku mengenali kalian semua, hati ini tidak pernah membenci dan melupakan kalian...kamu semua adalah sahabatku dunia dan akhirat, dan selamanya hingga akhir hayat ini... walaupun kalian tidak lagi menganggap aku sahabat kalian seperti dulu lagi...apa yang terjadi dijadikan pengalaman hidup kita, agar menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi onak duri kehidupan...bukan untuk menjauhi..tetapi kadang-kadang apabila kita melakukan kesilapan, dan kita mengakui kesilapan kita itu dan memohon maaf di atas segalanya, kita cuba baiki persahabatan yang telah renggang, tetapi usaha itu adakalanya hampa untuk diri kita,kerana diri kita tidak merasakan diterima dalam persahabatan itu lagi....adakalanya seorang sahabat tidak akan melakukan kesilapan, andai sahabatnya itu juga tidak melakukan kesilapan....renung-renungkanlah...doaku agar kalian sejahtera dan bahagia selamanya....walaupun tidak seperti dulu, doa aku sebagai kawan kalian sentiasa mengiringi.....terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini sebagai sahabatku...

Jumaat, 29 Mei 2009

Warkah buat sahabat

sahabat...

ketahuilah bahawa sejak aku mengenali dirimu, kau memberikan kebahagiaan kepada diriku, membuatkan diri ini ceria dan tertawa,pertemuan ini membuatkan diriku merasa sempurna, kerana mempunyai sahabat-sahabat yang menemaniku dan ceria,aku sentiasa berdoa pada Allah agar ukhuwah ini di pelihara kerana aku amat menyayangi ukhuwah yang terjalin ini...menjadi sahabatmu membuat aku sentiasa ingin menjaga hati dan perasaanmu, sentiasa memberi yang terbaik kepadamu dan menjadi sahabat yang setia untukmu, aku sentiasa ingin menjadi sahabatmu, aku ingin menjadi kawan dan sahabat yang dapat berkongsi suka dan duka denganmu, namun kini, aku semakin kehilangan dirimu kerana konflik yang melanda dalam persahabatan kita, aku cuba membaiki kesilapanku agar dikau memaafkan diriku, dan kita lalui segalanya seperti dulu, tapi bagai ada jurang yang menjarakkan kita, walaupun kau menjauhi diriku, kau tetap sahabat yang aku sayangi, walaupun kau bertemu dengan teman yang lain, aku akan tetap menjadi sahabat yang setia kepadamu, walaupun kau tidak pernah menganggap diriku seperti sahabatmu, aku sentiasa menunggumu menerimaku sebagai sahabatmu kembali, kerana aku masih ingin menjadi sahabatmu, ketahuilah sahabat aku sedih berjauhan denganmu, dan ketahuilah bahawa aku menyayangimu sahabat....

Erti Sahabat

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah...

Khamis, 28 Mei 2009

jangan berputus asa

Dalam hidup kita, jangan ada erti berputus asa, selagi kita berjuang, berjuanglah sehingga kita mendapat hasilnya, andai gagal jangan pernah berputus asa dalam kehidupan kita, teruskanlah perjuangan itu, kerana kegagalan bukan bermakna bersama kita selamanya, kadang-kadang, kegagalan mengajar kita erti kesabaran dan kegagalan juga mengajar kita erti berusaha, dari kegagalan mungkin kita akan beroleh kejayaan..maka, sentiasalah bersemangat dalam kehidupan ini, walau apa pun diri kita di jadikan, janganlah sesekali kita melupakanNya..kerana hanya DIA yang menentukan segalanya dalam kehidupan kita...andai hari ini kita gagal mendapatkan apa yang kita mahu, jangan bersedih dan berputus asa kerana, ada hikmah disebalik apa yang terjadi.....

Rabu, 20 Mei 2009

Rahsia Tarikh lahir mengikut bulan kelahiran

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstarak
sukakanbenda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian
sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya khayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lambat sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI


seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
berjiwa sentimental
kurang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan serupa kepada semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka manilai orang lain dengan pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka mengenang peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari kesihata bahagian perut
mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
minta disayangi
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka memimpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti, dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan, dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik

OKTOBER

suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera, dan seni
pengasih, penyayang, dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
benci pada kongkongan

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 unsur

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.

Jadilah sahabat yang baik

sahabat yang baik adalah sahabat yang menerima apa jua keadaan diri sahabatnya itu,
sahabat yang baik ibarat pewangi yang mengharum,
sahabat yang baik sentiasa adil dalam persahabatan,
sahabat yang baik sentiasa memahami antara satu sama lain,
sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berada disisi temannya samada suka dan duka,
sahabat yang baik adalah sahabat yang ketawa dan menangis bersama,
sahabat yang baik bukan sahabat yang cepat mengadili sesuatu perkara tanpa berfikir,
sahabat yang baik bukan ibarat lalang yang bertiup kemana jua arah samada baik atau buruk...

Jumaat, 15 Mei 2009

sempurna@ tidak??

manusia terlalu melihat yang sempurna, yang cantik, yang pintar, dan serba serbi yang terbaik, kadangkala manusia terlalu memilih kasih, mereka tidak adil dalam kehidupan ini, yang berkata-kata terus di beri perhatian dan sanjngan, dan yang berdiam diri pula tidak di pedulikan dan diberi perhatian dan dorongan, sedangkan mereka juga adalah manusia..,manusia terlalu sombong, selalu lupa, manusia mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan insan lain, kesusahan yang melanda diri mereka membuatkan mereka mencari-cari sahabat dan teman, dan apabila kesenangan datang, mereka hilang meninggalkan teman mereka..

ada diantara kita sering melukakan hati insan lain, kita mengatakan bahawa kita tidak mahu menguris hati dan perasaan insan lain, tetapi tanpa disedari kita telah pun membuatkan ramai insan lain yang terluka dengan kita, terluka dengan kata-kata kita, kita mengatakan bahawa diri kitalah yang terbaik dan baik, sedangkan kita masih lagi melakukan kesilapan, kesilapan itu mungkin tidak kita sedari tetapi ada diantara insan-insan lain yang menilai dan melihat diri kita. ternyatalah manusia itu tidak pernah sempurna...

Rabu, 13 Mei 2009

Renungkan...

sebagai manusia, kita harus redha dan terima segalanya yang ditentukan kepada kita, buruk atau baik yang datang dalam hidup kita sebagai seorang insan di dunia ini, jangan kita kecewa dengan nasib diri kita, hidup kita bagaikan roda, adakalanya kita akan berada di atas dan adakalanya kita akan berada di bawah, jangan kita sedih dengan apa yang menimpa diri kita, andainya itu telah di tentukan olehNya, terimalah dengan tenang kerana ada hikmah di sebalik yang tersembunyi...hari ini mungkin kita dibenci oleh manusia, hari ini kita tidak dihiraukan oleh mereka sama sekali, hari ini mereka tidak nampak kelebihan yang ada pada diri kita, dan hari ini mereka memandang rendah diri kita, tapi mngkin esok, nasib kita akan berubah, di sebalik yang terjadi ada sinarnya, manusia hanya melihat keburukan yang ada pada diri kita, tetapi hakikatnya kelebihan yang ada tidak pernah kita lihat, itulah hakikat kehidupan ini, manusia senang untuk mengadili setiap apa yang dilihat pada diri kita, kadangkala manusia terlalu memilih kasih, manusia terlalu melihat yang terbaik dan sempurna, sedangkan kurang sempurna itu mempunyai kelebihan yang lebih dari mereka yang terbaik.

kita cuba untuk memberikan yang terbaik pada mereka, tetapi yang terbaik itu tidak pernah dilihat mereka, malah yang buruk juga pilihannya, hakikat kehidupan selalunya begitu, kita tidak dapat mengubah segala takdir yang telah di tentukan, redha dan tabah sahajalah menerimanya...kita harus buktikan bahawa, diri kita juga mempunyai nilai yang harus dilihat,kita juga harus buktikan bahawa diri kita juga tidak seperti apa yang difikirkan mereka...

Selasa, 12 Mei 2009

kecewa...

hari ni kita di persalahkan kerana sesuatu masalah yang timbul.....kita bersendirian kerana itu lebih baik dari hati disakiti orang yang kita kasihi....mereka tidak pernah memahami apa jua yang berlaku kepada kita, hati kita, perasaan kita, mereka dengan senang menafsirkan bahawa kita mempunyai segala macam kesalahan itu. dan hakikatnya kita jua yang dipersalahkan.kenapa???...seorang manusia kadangkala amat zalim terhadap perasaan sesama manusia...mereka kadangkala tidak mempunyai sedikit pun rasa....bila kita dipersalahkan, ada yang tersenyum, ada yang cuba menjauhkan diri dari diri kita, adil ke itu??, adil ke seorang itu dipersalahkan sepenuhnya diatas segala apa yang berlaku, kenapa seorang kawan dan sahabat adakalanya tidak pernah adil dalam persahabatan,kenapa mereka meninggalkan sahabatnya yang pada ketika itu dalam kesusahn dan kesedihan??? adil ke???, adil ke dia pergi meninggalkan sahabatnya itu sedangkan dia adalah tempat sahabatnya itu meluahkan segalanya, pernahkah kita menyapa dan bertanya kepada sahabat kita walaupun dia dalam keadaan keseorangan, pernahkah kita memahami diri dan perasaannya...??

kita akan dipersalahkan apabila berada jauh dari teman yang rapat dengan kita, kita di jauhi kerana seorang sedangkan kita tidak pernah menyakiti hati mereka, kerana seorang sahabat yang bernama mawar berduri, kita berpisah jauh dari ukhuwah kita, kerana sahabat begitu, hidup kita merana, insan lain tidak akan dan mustahil untuk melihat muslihatnya, insan lain sukar untuk mengesan kelemahannya, insan lain senang bersimpati dengannya, dan dia adalah sahabat yang merampas dan memusnahkan ukhuwah yang telah terbina, adilkah???..wajarkah untuk kita maafkannya???...sedangkan hati kita terguris luka kerana dia...

bolehkah masa diputar semula untuk menghilangkan semua kesedihan yang berada di benak kita??, mampukah kita ubah semula tanggapan negatif insan lain terhadap kita, wajarkah kita beralah demi teman yang dikasihi?? boleh kah ia menutup semula malu yang menerjah ke wajah kita??...hakikatnya kita sering dipersalahkan..

Khamis, 7 Mei 2009

metafora

Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, samada kesilapan yang dilakukan itu besar atau kecil, sengaja atau tidak sengaja, kita sebagai manusia tidak dapat elak daripada melakukannya walau sedikit pun....dalam dunia persahabatan, kita tidak terlepas dari melukai hati sahabat yang kita kasihi, kita cuba sedaya upaya untuk tidak menguris perasaan teman kita, tetapi gagal, mungkin itu telah pun tersurat dalam kehidupan kita, kehidupan dalam persahabatan terlalu mencabar dan banyak ujian, itu menandakan bahawa Allah S.w.t ingin menguji ukhuwah yang telah terbina dan kita sebagai hambaNya hanya berusaha memperbaikinya.

jangan kita meninggalkan sahabat kita walau apa jua yang terjadi pada dirinya, walaupun pada saat itu dia melakukan kesalahan yang menguris dan mengecewakan diri kita, jadilah seorang teman yang sentiasa mendampingi sahabatnya walau apapun kedudukan sahabatnya itu, walau hina di pandangan mata insan lain sekalipun, kerana seorang sahabat juga kuat dalam hidupnya dengan kehadiran dan sokongan sahabatnya,

sekiranya kita kecewa dalam persahabatan, redhala dengan apa yang terjadi, walau berat untuk kita terima bahawa ukhuwah yang terbina tidak seindah dahulu, kita harus pasrah dan berserah kepadaNya, segala yang berlaku telah tersurat, mungkin kita tiada peluang untuk menerangkan apa yang terjadi, apa hati kita berkata, ada hikmah disebalik kejadian yang Allah berikan kepada kita, mungkin ia dapat menjadi pengalaman hidup pada diri kita sebagai seorang manusia yang hidup di dunia ini, tabahkan hati, walaupun terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi seorang diri, kita tidak bersendirian, kita tidak berseorangan, bersendirian tidak bermakna kita seorang diri tetapi di temani DIA yang Esa.

mungkin hari ini kita kehilangan seorang teman yang amat kita sayangi dalam hidup kita, mungkin hari ini, sahabat kita itu tidak sedar dan memikirkan apa yang dilalui oleh diri kita, mungkin hari ini kita menangis mengenang nasib diri yang di tinggal sahabat, mungkin ia akan membuatkan kita berputus asa kerana tiada lagi sahabat yang memberi semangat dan menemani kita, redha jalan yang terbaik, ketahuilah ada hikmah yang tersembunyi.kerana setiap yang berlaku pasti ada sebab yang di tentukan Allah...
itulah yang dinamakan metafora dalam persahabatan...

Jumaat, 13 Februari 2009

Andai Ku Pergi



Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara
Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan kisah silam
Bersama rayu doa
Damba keampunannya
Damba keampuannya
Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Illahi
Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya
Rasa gentar rasa rindu
Bertarung difikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah
Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan airmata
Pintaku redhailah..
Terima kasih atas segalanya
Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
padaMU kekasih
moga rahmat hidayahMU
mengiringiku, menemaniku
saat akhir waktu
bersaksi diriku
tiada lain hanya Kau yang satu
memiliki cintaku
ku serah segalanya padaMU..

Mencari Teman Ke Syurga

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.


Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".
Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga." Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

Layan........