Setelah lama terpisah dengan rakan-rakan ku di sekolah dulu...alhamdulilah akhirnya aku bertemu semula dengan mereka, puas aku mencari mereka...dan alhamdulilah usaha aku berjaya berkat kesungguhan ini...namun hari ini aku dikhabarkan oleh salah seorang rakan sekolah dahulu mengenai pemergian seorang rakan sekelas ku Putriwani buat selamanya menghadap Illahi pada 26 februari 2009 sehari selepas ulang tahun kelahirannya pada 25 februari 2009...semoga rohnya di tempatkan disisi HambaNya yang solehah...walaupun aku tidak serapat mana dengan arwah..namun pemergiannya amat aku rasakan sebagai seorang kawan yang pernah melalui saat-saat manis ketika di sekolah dahulu...aku doakan agar rohnya bahagia disana amin.....buat teman-teman..hargailah kawan dan sahabat kita sementara mereka masih didunia ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan