raef - Your mercy (maroon 5 cover go home without you)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=xCkIz1D6p-8

Jumaat, 29 Mei 2009

Warkah buat sahabat

sahabat...

ketahuilah bahawa sejak aku mengenali dirimu, kau memberikan kebahagiaan kepada diriku, membuatkan diri ini ceria dan tertawa,pertemuan ini membuatkan diriku merasa sempurna, kerana mempunyai sahabat-sahabat yang menemaniku dan ceria,aku sentiasa berdoa pada Allah agar ukhuwah ini di pelihara kerana aku amat menyayangi ukhuwah yang terjalin ini...menjadi sahabatmu membuat aku sentiasa ingin menjaga hati dan perasaanmu, sentiasa memberi yang terbaik kepadamu dan menjadi sahabat yang setia untukmu, aku sentiasa ingin menjadi sahabatmu, aku ingin menjadi kawan dan sahabat yang dapat berkongsi suka dan duka denganmu, namun kini, aku semakin kehilangan dirimu kerana konflik yang melanda dalam persahabatan kita, aku cuba membaiki kesilapanku agar dikau memaafkan diriku, dan kita lalui segalanya seperti dulu, tapi bagai ada jurang yang menjarakkan kita, walaupun kau menjauhi diriku, kau tetap sahabat yang aku sayangi, walaupun kau bertemu dengan teman yang lain, aku akan tetap menjadi sahabat yang setia kepadamu, walaupun kau tidak pernah menganggap diriku seperti sahabatmu, aku sentiasa menunggumu menerimaku sebagai sahabatmu kembali, kerana aku masih ingin menjadi sahabatmu, ketahuilah sahabat aku sedih berjauhan denganmu, dan ketahuilah bahawa aku menyayangimu sahabat....

Erti Sahabat

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah...

Khamis, 28 Mei 2009

jangan berputus asa

Dalam hidup kita, jangan ada erti berputus asa, selagi kita berjuang, berjuanglah sehingga kita mendapat hasilnya, andai gagal jangan pernah berputus asa dalam kehidupan kita, teruskanlah perjuangan itu, kerana kegagalan bukan bermakna bersama kita selamanya, kadang-kadang, kegagalan mengajar kita erti kesabaran dan kegagalan juga mengajar kita erti berusaha, dari kegagalan mungkin kita akan beroleh kejayaan..maka, sentiasalah bersemangat dalam kehidupan ini, walau apa pun diri kita di jadikan, janganlah sesekali kita melupakanNya..kerana hanya DIA yang menentukan segalanya dalam kehidupan kita...andai hari ini kita gagal mendapatkan apa yang kita mahu, jangan bersedih dan berputus asa kerana, ada hikmah disebalik apa yang terjadi.....

Rabu, 20 Mei 2009

Rahsia Tarikh lahir mengikut bulan kelahiran

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
sensitif, berfikiran mendalam
pandai mengambil hati orang lain
pendiam kecuali setelah dirangsang
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badan sehat tetapi mudah diserang selesema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
cukup sayang kepada kanak-kanak
suka duduk di rumah
setia pada segalanya
rajin belajar dan kemahiran sosial
sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstarak
sukakanbenda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yang mudah berubah
mudah menawan orang lain
agak pendiam, pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pada segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak jika dikongkong
suka kegiatan lasak
emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka kepada benda remeh temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
pemerhatian yang tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yang bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
berkecenderungan kepada benda yang tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpersonaliti menarik dan menawan
mudah didampingi
sangat pemalu dan pemendam rasa
sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sangat peka kepada orang lain
sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan kenang budi
pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dengan hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody

APRIL

sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian
sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

keras hati dan degil
kuat semangat dan bermotivasi tinggi
pemikiran tajam
mudah marah jika tidak dikawal
pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
perasaan yang sangat mendalam
cantik dari segi mental dan fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik ( otak kiri )
suka berangan
kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
daya khayalannya tinggi
pemikiran yang tajam
pandai berdebat
fizikal yang baik
suka sastera, seni, muzik dan melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN

berfikiran jauh dan berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
perangai lemah lembut
mudah berubah sikap, sangat banyak idea
bersikap sensitif
otak sentiasa aktif berfikir
sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
cepat marah dan cepat sejuk
suka bercakap dan berdebat
suka buat lawak dan bergurau
otak cerdas dan berangan-rangan
mudah dan pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah terkena selesema
suka berkemas
cepat rasa bosan
kurang pamerkan perasaan
lambat sembuh bila terluka hati
suka barangan berjenama
mudah jadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya

JULAI


seronok didampingi
banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
agak pendiam kecuali diransang
ada harga dan maruah diri
tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
mudah dipujuk dan bersikap lurus
sangat menjaga hati orang lain
sangat peramah
emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
berjiwa sentimental
kurang berdendam
mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan serupa kepada semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yang tajam
suka manilai orang lain dengan pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka mengenang peristiwa atau kawan lama
suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari kesihata bahagian perut
mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
minta disayangi
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun, caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
agak tegas dan bersifat berkepimpinan
pandai memujuk
terlalu pemurah dan bersikap ego
nilai harga diri sangat tinggi
dahagakan pujian
semanagt juang yang luar biasa
cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya permehatian tajam dan teliti
cepat berfikir dan berdikari
suka memimpin juga dipimpin
suka barangan-angan
berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
mudah mendapat penyakit
sentiasa belajar untuk relax
kelam kabut
romantik, pengasih dan penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat besopan santun dan betolak ansur
sangat cermat, teliti, dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
banyak berfikir
daya penakakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
mengawal diri dari selalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
sukakan sukan, hiburan, dan melancong
kurang menunjukkan perasaan
lama menyimpan jika terluka hati
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
bersistematik

OKTOBER

suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera, dan seni
pengasih, penyayang, dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER

banyak idea dalam sesuatu perkara
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
otak dan pemikiran yang sangat tajam
cara berfikir lain dari orang lain
berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
daya firasat sangat halus dan tinggi
bagus sebagai doktor
cermat dan teliti
personaliti dinamik
tidak hargai pujian
bercita-cita tinggi
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
pandai mendorong diri sendiri
berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
mudah ambil berat terhadap orang lain
tak suka marah kecuali tergugat
pandai muhasabah diri
romantik
tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
suka duduk di rumah
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

DISEMBER

sangat setia dan pemurah
bersifat patriotik
sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
bercita-cita tinggi
suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
seronok didampingi
pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
suka bercampur dengan orang
suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
tidak pandai berpura-pura
cepat marah
sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
perangai yang berubah-ubah
tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
benci pada kongkongan

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 unsur

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.

Jadilah sahabat yang baik

sahabat yang baik adalah sahabat yang menerima apa jua keadaan diri sahabatnya itu,
sahabat yang baik ibarat pewangi yang mengharum,
sahabat yang baik sentiasa adil dalam persahabatan,
sahabat yang baik sentiasa memahami antara satu sama lain,
sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa berada disisi temannya samada suka dan duka,
sahabat yang baik adalah sahabat yang ketawa dan menangis bersama,
sahabat yang baik bukan sahabat yang cepat mengadili sesuatu perkara tanpa berfikir,
sahabat yang baik bukan ibarat lalang yang bertiup kemana jua arah samada baik atau buruk...

Jumaat, 15 Mei 2009

sempurna@ tidak??

manusia terlalu melihat yang sempurna, yang cantik, yang pintar, dan serba serbi yang terbaik, kadangkala manusia terlalu memilih kasih, mereka tidak adil dalam kehidupan ini, yang berkata-kata terus di beri perhatian dan sanjngan, dan yang berdiam diri pula tidak di pedulikan dan diberi perhatian dan dorongan, sedangkan mereka juga adalah manusia..,manusia terlalu sombong, selalu lupa, manusia mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan insan lain, kesusahan yang melanda diri mereka membuatkan mereka mencari-cari sahabat dan teman, dan apabila kesenangan datang, mereka hilang meninggalkan teman mereka..

ada diantara kita sering melukakan hati insan lain, kita mengatakan bahawa kita tidak mahu menguris hati dan perasaan insan lain, tetapi tanpa disedari kita telah pun membuatkan ramai insan lain yang terluka dengan kita, terluka dengan kata-kata kita, kita mengatakan bahawa diri kitalah yang terbaik dan baik, sedangkan kita masih lagi melakukan kesilapan, kesilapan itu mungkin tidak kita sedari tetapi ada diantara insan-insan lain yang menilai dan melihat diri kita. ternyatalah manusia itu tidak pernah sempurna...

Rabu, 13 Mei 2009

Renungkan...

sebagai manusia, kita harus redha dan terima segalanya yang ditentukan kepada kita, buruk atau baik yang datang dalam hidup kita sebagai seorang insan di dunia ini, jangan kita kecewa dengan nasib diri kita, hidup kita bagaikan roda, adakalanya kita akan berada di atas dan adakalanya kita akan berada di bawah, jangan kita sedih dengan apa yang menimpa diri kita, andainya itu telah di tentukan olehNya, terimalah dengan tenang kerana ada hikmah di sebalik yang tersembunyi...hari ini mungkin kita dibenci oleh manusia, hari ini kita tidak dihiraukan oleh mereka sama sekali, hari ini mereka tidak nampak kelebihan yang ada pada diri kita, dan hari ini mereka memandang rendah diri kita, tapi mngkin esok, nasib kita akan berubah, di sebalik yang terjadi ada sinarnya, manusia hanya melihat keburukan yang ada pada diri kita, tetapi hakikatnya kelebihan yang ada tidak pernah kita lihat, itulah hakikat kehidupan ini, manusia senang untuk mengadili setiap apa yang dilihat pada diri kita, kadangkala manusia terlalu memilih kasih, manusia terlalu melihat yang terbaik dan sempurna, sedangkan kurang sempurna itu mempunyai kelebihan yang lebih dari mereka yang terbaik.

kita cuba untuk memberikan yang terbaik pada mereka, tetapi yang terbaik itu tidak pernah dilihat mereka, malah yang buruk juga pilihannya, hakikat kehidupan selalunya begitu, kita tidak dapat mengubah segala takdir yang telah di tentukan, redha dan tabah sahajalah menerimanya...kita harus buktikan bahawa, diri kita juga mempunyai nilai yang harus dilihat,kita juga harus buktikan bahawa diri kita juga tidak seperti apa yang difikirkan mereka...

Selasa, 12 Mei 2009

kecewa...

hari ni kita di persalahkan kerana sesuatu masalah yang timbul.....kita bersendirian kerana itu lebih baik dari hati disakiti orang yang kita kasihi....mereka tidak pernah memahami apa jua yang berlaku kepada kita, hati kita, perasaan kita, mereka dengan senang menafsirkan bahawa kita mempunyai segala macam kesalahan itu. dan hakikatnya kita jua yang dipersalahkan.kenapa???...seorang manusia kadangkala amat zalim terhadap perasaan sesama manusia...mereka kadangkala tidak mempunyai sedikit pun rasa....bila kita dipersalahkan, ada yang tersenyum, ada yang cuba menjauhkan diri dari diri kita, adil ke itu??, adil ke seorang itu dipersalahkan sepenuhnya diatas segala apa yang berlaku, kenapa seorang kawan dan sahabat adakalanya tidak pernah adil dalam persahabatan,kenapa mereka meninggalkan sahabatnya yang pada ketika itu dalam kesusahn dan kesedihan??? adil ke???, adil ke dia pergi meninggalkan sahabatnya itu sedangkan dia adalah tempat sahabatnya itu meluahkan segalanya, pernahkah kita menyapa dan bertanya kepada sahabat kita walaupun dia dalam keadaan keseorangan, pernahkah kita memahami diri dan perasaannya...??

kita akan dipersalahkan apabila berada jauh dari teman yang rapat dengan kita, kita di jauhi kerana seorang sedangkan kita tidak pernah menyakiti hati mereka, kerana seorang sahabat yang bernama mawar berduri, kita berpisah jauh dari ukhuwah kita, kerana sahabat begitu, hidup kita merana, insan lain tidak akan dan mustahil untuk melihat muslihatnya, insan lain sukar untuk mengesan kelemahannya, insan lain senang bersimpati dengannya, dan dia adalah sahabat yang merampas dan memusnahkan ukhuwah yang telah terbina, adilkah???..wajarkah untuk kita maafkannya???...sedangkan hati kita terguris luka kerana dia...

bolehkah masa diputar semula untuk menghilangkan semua kesedihan yang berada di benak kita??, mampukah kita ubah semula tanggapan negatif insan lain terhadap kita, wajarkah kita beralah demi teman yang dikasihi?? boleh kah ia menutup semula malu yang menerjah ke wajah kita??...hakikatnya kita sering dipersalahkan..

Khamis, 7 Mei 2009

metafora

Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, samada kesilapan yang dilakukan itu besar atau kecil, sengaja atau tidak sengaja, kita sebagai manusia tidak dapat elak daripada melakukannya walau sedikit pun....dalam dunia persahabatan, kita tidak terlepas dari melukai hati sahabat yang kita kasihi, kita cuba sedaya upaya untuk tidak menguris perasaan teman kita, tetapi gagal, mungkin itu telah pun tersurat dalam kehidupan kita, kehidupan dalam persahabatan terlalu mencabar dan banyak ujian, itu menandakan bahawa Allah S.w.t ingin menguji ukhuwah yang telah terbina dan kita sebagai hambaNya hanya berusaha memperbaikinya.

jangan kita meninggalkan sahabat kita walau apa jua yang terjadi pada dirinya, walaupun pada saat itu dia melakukan kesalahan yang menguris dan mengecewakan diri kita, jadilah seorang teman yang sentiasa mendampingi sahabatnya walau apapun kedudukan sahabatnya itu, walau hina di pandangan mata insan lain sekalipun, kerana seorang sahabat juga kuat dalam hidupnya dengan kehadiran dan sokongan sahabatnya,

sekiranya kita kecewa dalam persahabatan, redhala dengan apa yang terjadi, walau berat untuk kita terima bahawa ukhuwah yang terbina tidak seindah dahulu, kita harus pasrah dan berserah kepadaNya, segala yang berlaku telah tersurat, mungkin kita tiada peluang untuk menerangkan apa yang terjadi, apa hati kita berkata, ada hikmah disebalik kejadian yang Allah berikan kepada kita, mungkin ia dapat menjadi pengalaman hidup pada diri kita sebagai seorang manusia yang hidup di dunia ini, tabahkan hati, walaupun terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi seorang diri, kita tidak bersendirian, kita tidak berseorangan, bersendirian tidak bermakna kita seorang diri tetapi di temani DIA yang Esa.

mungkin hari ini kita kehilangan seorang teman yang amat kita sayangi dalam hidup kita, mungkin hari ini, sahabat kita itu tidak sedar dan memikirkan apa yang dilalui oleh diri kita, mungkin hari ini kita menangis mengenang nasib diri yang di tinggal sahabat, mungkin ia akan membuatkan kita berputus asa kerana tiada lagi sahabat yang memberi semangat dan menemani kita, redha jalan yang terbaik, ketahuilah ada hikmah yang tersembunyi.kerana setiap yang berlaku pasti ada sebab yang di tentukan Allah...
itulah yang dinamakan metafora dalam persahabatan...