
Kadang kala, bagiku hidup di dunia ini tiada sebarang pengertian...,aku paham keadaan mereka, aku tahu apa yang mereka alami, walaupun aku sendiri tidak pernah melaluinya..kadang-kadang kata-kata aku hanya sekadar gurauan, tanpa ada niat sebaliknya, namun kata-kataku sering dianggap picisan, seolah-olah ianya tidak berharga, aku cuba mendengar segala luahan insan lain, tapi luahan hati dan rasaku tiada siapa yang cuba mendengarnya, seolah-olah aku hanyalah sekeping kertas yang diatasnya tertulis sejuta makna dan perkataan.
Aku merasakan diri ini tidak pernah berharga, adakah kerana aku tidak mempunyai keistimewaan dan kelebihan seperti insan lain??, atau adakah insan lain memandangku hanya sebagai seorang yang tidak mempunyai hati dan rasa??..
Ya Allah sungguh berat ujianMu ini, KAU pergi jauh dari hidupku, KAU mendugai aku dengan seribu ujian yang tidak mampu aku lalui...hatiku terlalu mudah dipijak-pijak manusia, raseku tidak dihiraukan mereka, hatiku tidak pernah diendahkan mereka...ya Allah apakah ertinya ini semua?? adakah kerana KAU tidak mengasihi ku lagi..
aku menyayangi insan..namun aku tidak merasakan kasih sayang mereka, aku menghormati mereka namun aku tidak pernah rasa dihormati, aku tersenyum dan ketawa..namun ada masanya mereka terdiam saja, aku bergurau senda, namun gurauan itu disalah ertikan, kata-kataku hanya picisan tiada yang penting..ya Allah untuk apa kehidupanku di dunia ini...jika kehadiranku tiada fungsinya...hanya hampa dan kecewa menjadi teman...sampi bila aku harus bersedih hati..sampai bila aku harus merendah diri, sampi bila aku dianggap picisan??...hanya ENGKAU mengerti ya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan