Bila ditanya tentang harta dan wang, setiap manusia pasti sanggup melakukan apa sahaja asalkan tidak berputih mata melepaskan apa yang ada dihadapan mereka, apa sahaja cara dilakukan untuk mendapatkan kemenangan keatas harta dan wang ringgit, begitulah yang terjadi kepada saudara mara dan sepupu2ku ketika ini...seperti kacang melupakan kulit, itulah peribahasa yang sesuai dengan mereka, betapa rendahnya diri mereka tunjukkan hanya kerana harta pusaka dan wang ringgit, sanggup memutuskan tali persaudaraan yang terjalin kerana harta pusaka yang secubit itu. aku sangat kecewa dengan perbuatan mereka terhadap ayah dan ibu aku, mungkin mereka tidak sedar, mak dan abah masih mempunyai anak yang akan membela mereka. aku tidak dapat menerima kenyataan apabila mak sendiri dimarah,dituduh dan difitnah dengan tuduhan yang melulu, betapa kejam dan hinanya manusia hanya kerana harta dan wang didunia ini....aku tidak akan memaafkan perbuatan mereka, dan ingatlah wahai saudaraku...apa yang kau lakukan hari ini, akan diterima semula olehmu kelak, kejahatan dan hasad dengki kau lakukan akan dibalas Allah dengan kejahatan dan hasad dengki yang berlipat ganda...sesungguhnya doa-doa orang yang dianiaya akan termakbul...amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan